I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 21 February 2014

Winter trip Korea. Day 4. The most memorable one. :)

Hallluuuuuuuuu..
 after a long time update hari ke-3 hari ni baru berpeluang nak sambung untuk hari ke-4.wehuuu
biasala bila dah bukak semester baru macam2 benda perlu diselesaikan. Tapi kerinduan pada Korea tu tetap membuak2.huwaaa..
I wish to go there againn. surelyyy. another year.
Okay. let's start with the fourth day. Like usual, memang pagi2 lagi kami bangun awal untuk berebut naik subway. kekeke. tapi memang kebiasaanya dah bila kat sana pagi2 berebut ngan diorang. biasala diorang rushing nak pegi kerja. kitorang ni kemain la lenggangnye.
Hari ke-4 ni kitorang still ikut itinerary. nest place to go is... Nami Island!!
Disebabkan tempat ni agak jauh dari Seoul so, kami memang plan ke sini je utk hari ke-4 ni. Perjalanan ke sana pun dah ambil masa 2 jam. Dah memang tabiat kitorang., masa nak pegi ke satu2 tempat tu, masa tu la kitorang baru nak cari direction. *jangan tiru tabiat ni.
So, kitorang ambik subway then sampai ke stesen subway mane entah tak berapa nak ingat.kekeke.
Kami kena ambik Korail. iaitu keretapi yang biasa. bukan bawah tanah la kirenye. Disebabkan kitorang dh biasa naik subway je. manela tahu sistem Korail ni macam mana. Sobss. lame jugakla tercengang dan melilau kat stesen subway sebab tak tahu nak bayar or beli tiket kat mana. Dahla masa tu tiba2 berpusu2
Korean baru turun dari Korail. huwaaa. tersepit rapat ke dinding. Penat jugakla turun naik tangga kat situ.
Sampaila kami hapir2 nak give up dah sebab tak tahu nak tanya sape. then, kai decide tegur seorang wanita korea ni. Sebab ostly yang muda2 faham je basic English. SO, bila tanya..nasib baik that woman boleh tolong walaupun ade sedikit misunderstanding. Rupa2 nya boleh guna T-money jugak untuk guna Korail tu.
Maka, bermulalah perjalanan kami menuju ke stesen Chuncheon~~
Naik Korail nak ke Nami ade beberapa tempat yang kena tukar train.
Tangga yang banyakk. ><

lengang jeee. sebab pagiii. and diorang keje pegi kerjaa
Then sampaila kat stesen Gapyeong. Terpinga2 kejap. Nasib baik nampak tourist information kat situ. Pegila tanya ahjumma dalam tu and she can speaks Englishh. jyeahhh. Tapi dengan slang Koreannye la. Ahjumma bagi map Naminara. then, dia suggest kitorang naik shuttle bus. kena tunggu 15 minit mengikut jadualnye. Kami angguk je semua yang dia kata. Malas nak cakap banyak.lol. Then, keluar dari centre tu, kitorang ambil teksi terus. Tak tahan nak tunggu bas dalam keadaan sejuk gitu. Dekat je ngan jeti so, xbanyak sangat la tambang teksi tu. Pakcik teksi pun baik.Siap tunjuk kat mana jeti tu takut kitorang salah arah. Then, asa nak beli tiket dapat diskaun foreigner. jimatla sikit. Rasenye dah awal sampai kat situ, tapi dah penuh pun orang. Masing2 dengan tour guide diorang. Rasa kerdil sangat diri ini.hewhew. Nasib baik tak lama sangat menunggu sebab memang dah terketar2 menunggu kat jeti tu.

on the way to Naminara. 5 minutes only. kejap jee atas feri.uhuuu


Botol2 yang dikitat semula. Kreatif~~

Add caption

winter sonata sangat dibanggakan

air kolam baru nak mula membeku,

bangga ada program Malaysia kat sini..wehuuuu


Impress ngan rak buku macam niiii,.

Alhamdulillah. Kat Nami Island ada musolla

another alternative nak ke Nami Island,. Best kot naik benda ni. tapi agak mahal. 35k won ++

banyak sangat jumpa binatang ni kat Naminara

pokok yang sememangnya femes. wehuuuu
Lepas siap round Naminara tu, tengok jam baru pukul 1.00 pm lebih. Mula2 tak rancang pun nak pegi Petite France. Pastu dah tgk masih awal, kitorang pun ambikla shuttle bus. Bayar 5k won untuk ke semua tempat area tu. kena pandai la tengok jadual bas. Tunggu dalam 10 minit, bas pun sampai. Kalau takde tiket, kena beli dulu. don't worry tourist guide ada dalam bas.15 mminit jugak nak sampai ke petite france. and paling penting masa naik bas tu agak pening sebab jalan bersimpang siur plus berbukit.wuwuwuwu


entrance
Gambar ni sangat bermakna. oppa ensem yg tolong snap kan. lol


Cantik pemandangan masa mula2 masuk

Tempat shooting Bethooven Virus.

Sunyi sangat kat dalam ni.wehuu..


Masa kat Petite France ni agak bosan sebenarnya. kekekeke. tapi pemandangan kat dalam ni cantikla jugak. feel ala2 europe. Lagipun tempat ni memang femes. Running Man, Citer Secret Garden, Filming t-ara diary. Hongki punya Wgm. Sume shoot kat sini. And yang paling latest cite Man from Stars. heee. SO, dalam beberapa jam kami kat sini, tengok jadual bas, kami rushing nak ambil bus pukul 4.30. sebabnye taknakla sampai kat seoul nanti dah malam. Masih panjang perjalanan nak balik. Then naik shuttle bus, terus ke another train station. Masa naik dalam train ramai jugak Korean tengok pelik. heee. Tempat duduk pun penuh masa tu. ingatkan takde orang. Aku duduk tepi sorang ahjusshi ni. Kawan aku berdiri kat depan pintu sebab takde seat. Sampai kat satu station, tiba2 ahjushhi sentuh bahu aku. terkejut la jugakk. Dia tunjuk kat kawan aku and tnjuk kat tmpat duduk dia. Means dia suruh kawan aku dduk seblah ak sebab dia nak turun dah. Baiknyeee ahjusshhii. ak hanya jawab naee.naee...Disebabkan lama perjalanan balik tu, macam2 la yang terjadi. Masa kat dalam train tu ade pasangan ahjushhi n ahjumma asyik pandang kitorang and mcm cakap sesuatu. mgkin ade sesuatu yg menarik perhatian diorang.hewhew. Masa kat dalam train tu jugak ak ngan kawan aku bincang nak makan ape sampai kat Seoul nanti.

This is the continuation. This is from my friends, Facebook. i just add some and edit a few parts.

Hari ke-4 kami di Seoul on the way balik dari Nami Island & Petite France, journey yg memakan masa selama 2jam lebih ( campur dgn lost sket2  ) kami berpakat nak makan nasi hari tu sbb dh 4hr tak makan nasi kat sana. search punya search kat internet jumpa area sinchon (area guesthouse kami) satu indian restaurant & kami berniat nak mkn nasi beriani kat restaurant tu. Dengan bantuan google maps jumpa la area restaurant tu tp tak nampak pun Amma Restaurant, yg kami nampak semua tulisan korea. 

'Aik? dlm blog tu board dia tulis full ja Amma Restaurant? Xkan dah ubah tulisan korea kot?' 

Kami search lagi kot2 ada address lain dlm blog2 org yg pernah makan kat Amma Restaurant. Tiba-tiba ahjumma (makcik) yg duk depan korean restaurant tgur kami. 

'Odi gaseyo?' tanya makcik tu nak ke mana.

'Annyong haseyo ahjumma. Amma restoraurant odieyo?' Aku tanya kat mana restaurant tu.

'Ah ke restaurant i nyon bla bla bla bla.'

panjang makcik tu explain + laju. langsung tak dpt tangkap dia cakap. Bajet ak orang korea ke hape. Paham dia cakap something psal dulu restaurant tu kat sini lepas tu tak paham dah. Then paham yg dia cakap 2 something. Kawan aku Nadhira buat andaian sendiri, 'Aku rasa dia cakap restaurant tu 2 simpang dr sini kot.' Aku pun angguk je sebab mmg xfaham sangat. putar putar area sinchon last2 tak jumpa jugak. Then kami pegi balik kat kwsn google map tunjuk tu. tengok kiri tengok kanan. sah takde langsung perkataan Amma Restaurant.

Tiba-tiba ada seorang ahjusshi (pakcik) from opposite restaurant tegur dlm english 'Are you searching for restaurant to eat?' maybe sebab dia duk perhati kami dok berdiri kat situ dari tadi. Then kami tanya kat dia, 'Ahjusshi, Amma Restaurant, arayo?' Pakcik tu angguk bermaksud dia tau restaurant tu wujud. Tapi restaurant tu dah tutup 2 tahun lepas. Cess tak check pulak tarikh blog kami tengok tu post yg tahun 2010.

'You can eat here. I know you cannot eat meat right? We have chicken. bla bla bla'. Pakcik tu tunjuk menu dia kat kami. 
'Joesongeyo ahjusshi. Gogi anmogoyo. Chicken tto anmogoyo' Ni dah terbalik ak yg cakap korea pakcik yg ckp english. Ak cakap kami takleh makan ayam. Then dia macam sedih maybe tak dapat nak persuade kami utk makan kat kedai dia. Aku pun tanya 'Haemu isseoyo?'. Terus dia jawab 'Ne, isseoyo (yup, ade!) bila aku tanya makanan seafood ade tak. Then kami masuk la dlm kedai dia. Hmm tengok list menu memang mknn dia mahal2, patutla takde orang sangat. Tapi kami dah letih & lapar, so makan jela. Dia letak popcorn & air sejuk atas meja. ni satu lagi yg best makan kat korea. side dish dia banyak. Hehe 

Lepas tengok tengok kami pun nak order potato pizza & fish cake soup. Then kami tanya, 'Do you use the same oil and pot to cook all the food?' Pakcik tu pun 'No, we use the new one, we cook on your table.' Then ak tanya lagi, 'what oil do you use? from vegetable or from animal?'. Alhamdulillah pakcik tu jawab vegetable. Then siap masak kami pon makan la dengan sudu. Sebab there was no forks there. Guna chopstick memang takla sebab kang melayang habis fish cake. Then pakcik dtg duk sebelah kami. Nampak macam kami blur and tak tahu nak makan mcam mana, dia tunjuk tutorial macam mana nak makan. Then, pakcik tu bersuara

'May I ask something? Why you don't eat chicken? I know you can't eat meat.'

Aku pun senyap kejap. Cari perkataan english yg mudah2 nak terangkan. Try refresh perkataan korea jugak sebab nak bagi pakcik ni senang faham. 

'We can eat meat and chicken, but must use Islamic method of slaughtering animals.' Then dia berkerut. Aku agak dia macam tak paham. 'Uriga gogi wa chicken mogoyo. hajiman Islam then tunjuk gaya sembelih. Dia angguk2 ntah faham ke tak. 'then here what you can eat?' Pakcik still tanya. kami jawab je la all vegetables dengan seafood la. then dia pon masuk dapur and bawa salad utk kitorg & cakap 'Kokjonghajima, it's free'. Maybe tgok muka kami terkejut dia terus explain salad ni free, don't worry. Tiba-tiba pakcik tanya sambil aku makan salad, 'If I don't use vegetable oil, you can't eat? Aratta.' Senyum pakcik tu maybe sebab dah faham apa yg kami boleh makan & apa yg takleh makan. 

Lagi pakcik tu tanya. 'Drink? Beer? Cider?' Haa naseb baik tak tersedak fish cake. 'Anniyo ahjusshi. Sul an masyoyo' Laju cakap kat pakcik takleh minum alcohol. Pakcik tanya lagi 'Pepsi? Grape?' Kami jawab, 'Anniyo, kenchana. ke nyang igo' Sambil tunjuk air sejuk, kami bgtau cukuplah air tu utk kami. Pakcik tu pun tanya kenapa takleh minum pepsi. Kami cakap boleh minum tapi kami taknak. Then dia bagi free pulak. Maybe dia pikir kami tak amik drink sebab makanan kedai dia mahal mungkin. Rasa bersalah pula semua dapat free. 

Last sekali habis makan semua, aku letakkan pepsi dalam beg & pakcik tu nampak. Dia pun datang kat meja. 'Pepsi, wae an masyoyo?' Pelik ak simpan tak terus minum. Kami pun bersiap-siap nak bayar. Sekali lagi dia tanya, 'Can drink coffee?' Kami angguk je. Then pakcik suruh duduk balik 'chamkkan' dan suruh kami tunggu. Dia datang bawa dua cawan coffee sambil senyum & kata 'Free, free!' Ya Allah baik nya pakcik ni. kami beli 2 dish je dia bagi macam2 benda free. Lepas tu kami bayar and dia sebut balik benda2 yg kami bagitau dia pasal makanan ape yg boleh makan, yg mana tak boleh makan. yg mana betul kami angguk & perbetulkan yg dia silap faham. Masa nak bayar tu, pakcik tu tanya 'Do you have any schedule after this? you look rushing". Kitorang aca. errr. cepat sangat ke makan. kekekee. Then, kami mintak nak ambil gambar dengan dia tapi dia refuse mual2 tu sebab dia kata i'm not handsome. lol. Dia pun suruhla pekerja dia untuk snap gambar kitorang. and dah memang tradisi diorang kalau ambik gmbar kena link arm. Pekerja dia suruh link arm. link arm. then, pakcik tu dengan tenang menjawab no, we can't. Padahal kami tak bagitau pun kat dia pasal pegang2 ni tak boleh. Alhamdulillah, dia tahu. Dan peristiwa yang terjadi benar2 memberikan pengalaman yg cukup bermakna untuk kami. We'll miss you Appa Kim!! here's his picture!! 




4th December. It's a Miracle in December. :)

XOXO!!

No comments:

Post a Comment